KEDAH DARUL AMAN
PAKEJ INI HANYA SELAMA 3 HARI 2 MALAMHARGA PAKEJ:(TERMASUK MAKAN DAN PENGINAPAN)
2 ORANG - RM 650
KELUARGA (5 ORANG) - RM 1550
Kedah Darul Aman ialah salah
satu detinasi percutian di Malaysia yang mempunyai berbagai tarikan
pelancongan. Negeri ini terkenal dengan percutian pantai dan pulau,tarikan alam
semulajadi, tempat-tempat bersejarah dan lain-lain lagi. Kami ingin mengesorkan
beberapa tempat menarik di Kedah untuk bercuti bersama keluarga atau
rakan-rakan.
TEMPAT PERCUTIAN:
Gunung Jerai
Ramai yang belum mengetahui bahawa Gunung Jerai adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang sangat menarik.terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di puncak gunung dan juga kawasan sekitarnya seperti:
-Telaga Tok Sheikh.
-Padang Tok Sheikh.
-Batu Kapal,Batu Ikan,Batu Sejadah,Batu Tapak Kaki.
-Gua Naga.
Air Terjun Puteri Mandi

Air Terjun Puteri Mandi ialah air terjun Gunung Jerai yang paling cantik.walau bagaimanapun, untuk sampai ke destinasi,pengunjung perlu mendaki beberapa jam mengikut laluan yang bemula dari Titi Hayun.Trek ini agak mencabar dan sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.
TEMPAT PENGINAPAN:

The Regency Jerai Hill Resort, tempat yang paling sesuai untuk merasai kedinginan dan menikmati keindahan di puncak gunung jerai
TEMPAT MAKAN :
Warung Mak Njang Tanjung Dawai

Jika Perlis dikenali dengan ikan bakar Kuala Perlis, Kedah pula tersohor dengan ikan bakar Tanjung Dawai yang bukan sahaja menjadi kunjungan masyarakat tempatan malah ada pelanggan dari Pulau Pinang yang sanggup ke sana semata-mata menikmati ikan bakar serta makanan laut yang berkualiti pada harga yang amat berpatutan.
Seperti juga kebanyakan medan ikan bakar yang lain, deretan gerai ikan bakar di Tanjung dawai juga terletak berhampiran lautan menghadap matahari terbenam.
Akan tetapi, gerai ikan bakar pilihan di Tanjung Dawai adalah Warung Mak Njang yang merupakan antara pilihan utama kebanyakan pelanggan. Ada yang menikmati hidangan bersama keluarga dengan meja penuh dengan hidangan makanan laut dan ada juga yang berpasangan sekadar menikmati mee udang atau mee ketam malah ada yang minum bersendirian merenung lautan.
Antara kelebihan warung Mak Njang ini adalah ikan bakarnya yang dianggap amat baik, walaupun hakikatnya kekuatan sebenar adalah pada air asam pencicahnya yang amat membuka selera. Ikan bakar di sini adalah ala utara dengan ikan dibakar terus di atas bara yang merah menyala dengan hanya di lumurkan garam dan kunyit serta mungkin sedikit perisa.
Oleh itu, aromanya memang amat membuai rasa dan keenakan isi ikan yang basah itu sememangnya amat sedap dicicah dengan air asam yang sedap.
Restoran Top D’ Gurun

Ia terletak 1km dari Gunung Jerai. Restoran ini terkenal dengan hidangan masakan Melayu utara. Lauk-pauknya ringkas, termasuk ulam-ulaman dan daging salai brsama-sama air asam, namun amat disukai sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Malah, ikan bawal gorengnya juga menjadi kesukaan pelanggan.
Harga makanan di sini boleh dikatakan murah. Menurut ramai pelanggan, ini adalah antara restoran terbaik mereka pernah kunjungi. Lebih-lebih lagi apabila pelanggan boleh makan sambil duduk bersila di lantai.
AKTIVITI SEPANJANG PERCUTIAN:
HARI PERTAMA :
*Berkumpul di Bandar Baru Pasir Pekan
*Bertolak ke kaki Gunung Jerai
*Sarapan pagi
*Check in resort
*Makan tengahari
*Melawat Telaga Tok Sheikh,Padang Tok Sheikh,Batu Kapal,Batu Ikan,Batu Sejadah,Batu Tapak Kaki dan Gua Naga.
*Makan malam
HARI KEDUA:
*Sarapan pagi
*Pergi mendaki ke Telaga Puteri Mandi
*Mengambil gambar sebagai kenangan
*Makan tengahari
*Pergi melawat Pantai Murni Waterfront.
*Mengambil gambar di pantai sebagai kenangan
*aktiviti sendiri
*BBQ di malam hari
*tidur
HARI KETIGA:
HARI KEDUA:
*Sarapan pagi
*Pergi mendaki ke Telaga Puteri Mandi
*Mengambil gambar sebagai kenangan
*Makan tengahari
*Pergi melawat Pantai Murni Waterfront.
*Mengambil gambar di pantai sebagai kenangan
*aktiviti sendiri
*BBQ di malam hari
*tidur
HARI KETIGA:
*Sarapan pagi
*Check out resort
*Pergi membeli-belah di pasar Tanjung Dawai
*Menaiki bot ke Pantai Merdeka
*Makan malam
*Pulang .....
No comments:
Post a Comment